"The difference between failure and success is doing a thing nearly right and doing a thing exactly right." Edward Simmons

Followers

Folio Sejarah Tingkatan 2









PERISTIWA PENTING (CONTOH)
Terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah berlangsung di SMK USJ 13. Antaranya ialah Hari Sukan, Sambutan Hari Kemerdekaan, Minggu Bahasa dan lain - lain lagi.

(CONTOH 1)
Majlis Hari Sukan Sekolah kali ke-6 SMK USJ 13 telah diadakan pada hari Sabtu 25 Mac 2006 di Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ). Antara acara yang dipertandingkan ialah acara akhir 100m, 4 x 100m dan 400m. Majlis ini dimeriahkan lagi oleh persembahan sorak, demonstrasi mempertahankan diri dari persatuan Silat Gayung dan Taekwondo.
Johan bagi Hari Sukan kali ke-6ialah rumah Syahbandardengan markah 1410 diikuti oleh rumah Laksamana, rumah Hulubalang, rumah Bendahara dan rumah Temenggung.

(CONTOH 2)
Sambutan Hari Merdeka yang ke-49 telah disambut pada 30 Ogos 2006 di sekolah SMK USJ 13. Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti mendeklamasi sajak nyanyian, tarian dan sketsa yang bertajuk Bukit Kepong. Terdapat juga pertandingan akhir pakaian beragam bertemakan patriotik yang disertai oleh guru - guru dan murid - murid serta pertandingan laungan kemerdekaan. Pada penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan pula diadakan peyampaian hadiah kepada semua pemenang.

RUMUSAN(CONTOH)
Saya telah berjaya menyiapkan projek ini yang bertajuk Sejarah SMK USJ 13. Melalui projek ini, saya telah memahami dan mengenali sejarah dan penubuhan serta perkembangan SMK USJ 13. Selain itu, saya juga telah mengenal pasti objektif dan lambang - lambang sekolah yang penuh bermakna.
Melalui projek ini, saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan mengalisis maklumat tentang sekolah SMK USJ 13. Kemahiran ini telah membantu saya mencari maklumat yang saya perlukan untuk projek ini.
Di samping itu, saya juga telah memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah saya dan mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama sebangai warga SMK USJ 13.

0 Response to "Folio Sejarah Tingkatan 2"

Post a Comment

Blog Archive